Share |
feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Latest Release

Labels: , ,

Berhati-Hati Dengan Malaysiakini !

Posted by Addin | 5/13/2009 | | 1 comments »
Dengan suhu politik di Perak makin hangat dan panas, mungkin dua tiga hari lepas kita agak lega dengan Mahkamah Tinggi KL mengumumkan MB Nizar sebagai yang sah. Tetapi selepas itu krisis di Perak kembali hangat apabila Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan Zambry Kadir terhadap keputusan tersebut. Yang peliknya, keputusan tersebut dapat dibuat oleh Mahkamah Rayuan sepantas kilat. Petang semalam pula, MB Nizar menfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Rayuan tersebut akan didengar pada 18 Mei 2009, ramai telah menjangka keputusan tidak boleh dibuat secepat yang mungkin. Inilah situasi yang berlaku di Perak buat seketika.

Namun, disebalik krisis di Perak ini ada satu isu yang bermain di kotak pemikiran saya. Saya selalui melayari berita-berita dari internet, dan salah satu laman yang paling kerap dilawati ialah Malaysiakini. Namun, beberapa bulan kebelakangan ini saya lihat artikel-artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini agak berbentuk spekulasi yang melampau dan berunsur provokasi. Contoh yang signifikan ialah artikel bertajuk " PAS Wilayah Tolak Hadi?" , artikel tersebut dibuat dengan hanya memetik beberapa kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Hedzer Ibrahim dengan tujuan untuk dimanipulasikan dengan niat subjudis terhadap proses pemilihan PAS Wilayah Pesekutuan.

Usefull Links



Begitu juga dengan isu pro muzakarah dan pro pakatan (kumpulan erdogan), jelas Malaysiakini tidak menghormati Tuan Guru Nik Aziz yang menegaskan tidak wujud golongan tersebut didalam PAS. Namun Malaysiakini tetap memainkan sentimen tersebut bagi mewujudkan situasi tidak selesa dalam PAS. Beberapa artikel yang terkini seperti "Takut UMNO, PAS Tangguh Ahli Bersekutu", "'Kumpulan Erdogan, Gagal Kuasai Pemuda PAS" dan "Tiada'Gempar' Yang Dalam Sidang Akhbar Nik Aziz.." jelas berunsurkan spekulasi dan provokasi. Artikel ini kebanyakan ditulis oleh Jimadie Shah Othman. Di perhatikan artikel beliau terkadang mempunyai banyak manipulasi dan tidak mempunyai fakta-fakta yang sahih.

Di bimbangi wartawan-wartawan cyber seperti Jimadie ini diutuskan oleh puak-puak karat UMNO dalam akhbar online bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini bertanggungjawab dan beramanah bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat dan membuat tapisan ketat terhadap artikel yang diterbitkan. Rakyat beralih arah ke media cyber kerana telah meluat dengan berita-berita tahyul dan karut oleh media perdana. Jangan di gadaikan kredibiliti media cyber ini hanya kerana ingin mendapat rating tinggi pembaca sahaja, atau yang lebih malang lagi ialah bagi memenuhi nafsu politik sempit golongan tertentu UMNO.
Saya optimis rakyat akan lebih sensitif lagi pada masa akan datang dengan berita-berita sebegini.

Usefull Links


1 comments

  1. Tanpa Nama // 14/5/09 11:40 PM

    kabonye, malaysiakini org depo dah beli. Tak heranlah berita2 cam2.







0 comments:

Post a Comment

Sponsor Live

CO.CC:Free Domain
Free Website Hosting

menu

Balliq-List

New Latest Youtube free Video Download No Sex Adult