Share |
feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Latest Release

Labels: ,

Boikot Malaysiakini !!
Posted on Tuesday, June 23 @ 17:00:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: addin_77

"



Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk " Berhati -Hati Dengan Malaysiakini ", namun selepas itu tak ada perubahan positif pun berlaku kepada akhbar online Malaysiakini namun saya lihat akhir-akhir ini bertambah teruk.


Berita-berita yang dipaparkan senada dengan media arus perdana milik UMNO BN. Saya percaya proksi UMNO telah menular dalam media siber tersebut. Maka tidak hairanlah berita yang dihasilkan terlalu banyak berunsurkan provokasi.

Masyarakat beralih kepada alam siber untuk mencari informasi kerana ingin berita yang telus, tepat dan adil. Namun, berita - berita seperti di Malaysiakini hanya membuatkan rakyat semakin benci. Jesteru itu, mulai hari ini kita Boikot Malaysiakini, kepada semua pengunjung setia alam siber kita boleh beralih arah ke portal-portal berita yang lebih telus seperti Harakahdaily, Suara Keadilan online dan pelbagai lagi. Di bawah ini saya sertakan berita yang disiarkan di Malaysiakini berniat jahat kepada pimpinan PAS bertujuan ingin mewujudkan suasana kurang selesa:-

Usefull Links


Tiada poster Hadi selepas reda isu k'jaan perpaduan

Poster presiden PAS tetap tidak dinaikkan dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai walaupun isu kerajaan perpaduan telah reda dalam parti itu susulan keputusan terbarunya dan Pakatan Rakyat semalam. Ketiadaan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kena-mengena dengan isu politik nasional, kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Nasir Daud kepada Malaysiakini hari ini.

Setakat ini, tambahnya, PAS Kelantan masih tetap menggunakan strategi "lokalisasi" dengan menonjolkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar. Abdul Hadi bagaimanapun akan terlibat dalam sebahagian strategi kempen PAS untuk mempertahankan kerusi negeri itu. Beliau, yang juga ahli parlimen Marang, dijangka hadir sekurang-kurangnya di dua program - pengumuman calon PAS Jumaat ini dan hari penamaan calon, 6 Julai.

Usefull Links


Poster Nik Aziz 'bernilai komersil tinggi'






Labels: , ,

Cubaan Umno kelirukan rakyat - Nasurudin

Ditulis oleh Te@m I.T
MANEK URAI, 22 Jun - "Kita usung calon BN keluar dari Manek Urai," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud malam tadi di Ceramah Umum Pilihanraya Kecil Manek Urai yang diadakan di Padang Majlis Daerah Laloh.

Baca lagi...

Usefull Links

Bekerjasama dengan Umno, PAS tidak terliur - Mursyidul Am
Ditulis oleh Te@m I.T



LALOH, 22 JUN - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pihak Umno yang disifatkan sebagai tidak bermaruah dengan menunjukkan sikap yang lemah sebagai sebuah parti yang memerintah ketika membicarakan isu kerajaan perpaduan.

Baca lagi...
Kerajaan Perpaduan, BN hilang 'tabung oksigen' di Manek Urai - Mahfuz
Ditulis oleh Wartawan Kita
Dari parlimen KUALA LUMPUR, 22 Jun - Majlis pimpinan Pakatan Rakyat hari ini tegas menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN dalam satu kenyataannya di Pejabat Ketua Pembangkang bangunan Parlimen, hari ini.
Baca lagi...

Usefull Links

Manek Urai: Najib fikir semula kewajaran bertanding
Ditulis oleh Te@m I.T

LALOH, 22 Jun - Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding pada pilihanraya kecil Dun Manek Urai nanti.

Baca lagi...
Jentera PAS lancar strategi kempen '5M'
Ditulis oleh Te@m I.T

MANEK URAI, 22 Jun - Jentera PAS Kelantan hari ini melancarkan strategi kempen 5M bagi memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil Dun Manek Urai kali ini.

Baca lagi...
Lambakan Projek 'Mee Segera' Bagi Menjamu Penduduk DUN Manik Urai
Ditulis oleh www.mafrel-kelantan.blogspot.com

Salam, Saya dari MAFREL Kelantan, terlibat sebagai Pemantau MAFREL Kelantan bagi pihak Dr Halim, Ketua Misi MAFREL Kelantan bagi PRK DUN Manik Urai.

Sebarang aktiviti berkaitan dengan Pemantaun yang dilakukan oleh MAFREL akan di update dalam blog kami di: www.mafrel-kelantan.blogspot.com.

Baca lagi...
Taktik terdesak raih sokongan rakyat - Salahuddin
Ditulis oleh Pilihanraya Kecil Manek Urai N41

SHAH ALAM, 20 Jun – PAS menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut ‘undi BN (Barisan Nasional) juga boleh masuk syurga’ sebagai taktik terdesak meraih soko-ngan rakyat selepas sedar peluang BN menang di Manek Urai, 14 Julai ini tipis.

Baca lagi...

Usefull Links

Martek dan polis bakal menghangatkan Manek Urai
Ditulis oleh Pilihanraya Kecil Manek Urai N41

MANEK URAI, 20 Jun - Iklim yang suam-suam kuku di luar sana turut melanda kawasan pilihan raya kecil Dun Manek Urai apabila jentera pilihan raya masih lagi belum menjalankan kerja-kerja pilihan raya dengan jelas.

Baca lagi...
PRK Manek Urai, IT PAS sedia laman web rasmi
Ditulis oleh Wartawan Kita

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Lajnah ICT PAS Pusat mengambil satu lagi pendekatan proaktif bagi memastikan semua rakyat Malaysia dan Dunia mendapat akses sebenar tentang situasi perjalanan Pilihanraya di Dun Manek Urai yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Usefull Links







Labels: , ,

Berhati-Hati Dengan Malaysiakini !

Posted by Addin | 5/13/2009 | | 1 comments »
Dengan suhu politik di Perak makin hangat dan panas, mungkin dua tiga hari lepas kita agak lega dengan Mahkamah Tinggi KL mengumumkan MB Nizar sebagai yang sah. Tetapi selepas itu krisis di Perak kembali hangat apabila Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan Zambry Kadir terhadap keputusan tersebut. Yang peliknya, keputusan tersebut dapat dibuat oleh Mahkamah Rayuan sepantas kilat. Petang semalam pula, MB Nizar menfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Rayuan tersebut akan didengar pada 18 Mei 2009, ramai telah menjangka keputusan tidak boleh dibuat secepat yang mungkin. Inilah situasi yang berlaku di Perak buat seketika.

Namun, disebalik krisis di Perak ini ada satu isu yang bermain di kotak pemikiran saya. Saya selalui melayari berita-berita dari internet, dan salah satu laman yang paling kerap dilawati ialah Malaysiakini. Namun, beberapa bulan kebelakangan ini saya lihat artikel-artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini agak berbentuk spekulasi yang melampau dan berunsur provokasi. Contoh yang signifikan ialah artikel bertajuk " PAS Wilayah Tolak Hadi?" , artikel tersebut dibuat dengan hanya memetik beberapa kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Hedzer Ibrahim dengan tujuan untuk dimanipulasikan dengan niat subjudis terhadap proses pemilihan PAS Wilayah Pesekutuan.

Usefull Links



Begitu juga dengan isu pro muzakarah dan pro pakatan (kumpulan erdogan), jelas Malaysiakini tidak menghormati Tuan Guru Nik Aziz yang menegaskan tidak wujud golongan tersebut didalam PAS. Namun Malaysiakini tetap memainkan sentimen tersebut bagi mewujudkan situasi tidak selesa dalam PAS. Beberapa artikel yang terkini seperti "Takut UMNO, PAS Tangguh Ahli Bersekutu", "'Kumpulan Erdogan, Gagal Kuasai Pemuda PAS" dan "Tiada'Gempar' Yang Dalam Sidang Akhbar Nik Aziz.." jelas berunsurkan spekulasi dan provokasi. Artikel ini kebanyakan ditulis oleh Jimadie Shah Othman. Di perhatikan artikel beliau terkadang mempunyai banyak manipulasi dan tidak mempunyai fakta-fakta yang sahih.

Di bimbangi wartawan-wartawan cyber seperti Jimadie ini diutuskan oleh puak-puak karat UMNO dalam akhbar online bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini bertanggungjawab dan beramanah bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat dan membuat tapisan ketat terhadap artikel yang diterbitkan. Rakyat beralih arah ke media cyber kerana telah meluat dengan berita-berita tahyul dan karut oleh media perdana. Jangan di gadaikan kredibiliti media cyber ini hanya kerana ingin mendapat rating tinggi pembaca sahaja, atau yang lebih malang lagi ialah bagi memenuhi nafsu politik sempit golongan tertentu UMNO.
Saya optimis rakyat akan lebih sensitif lagi pada masa akan datang dengan berita-berita sebegini.

Usefull Links


1 comments

  1. Tanpa Nama // 14/5/09 11:40 PM

    kabonye, malaysiakini org depo dah beli. Tak heranlah berita2 cam2.





Labels: , ,

Bentuk Kerajaan PRU-13? Jangan Harap! Reply with quote

Sidang media Majlis Pimpinan PR berkeputusan menolak K'jaan Perpaduan. Cuma ada satu kenyataan PR yang menarik perhatian aku; ke arah pembentukan k'jaan persekutuan pada PRU ke-13. Lalu meresponlah TPM dari UMNO-BN, "Jangan pandang rendah dan cakab besar."

Sebenarnya, pada aku apa yang diresponkan TPM ada benarnya kerana asas kepada perubahan politik nasional ialah bangsa Melayu. Mana-mana k'jaan yang mahu memerintah mesti mendapat sokongan mereka kerana orang Melayu adalah tulang belakang kepada negara serta membentuk kumpulan terbesar dari segi komposisi kaum dan pengundi.

Usefull Links


Ya... Melayu dan UMNO memang sinonim, macam darah daging. Mereka tak peduli sangat soal rasuah, kezaliman, ketidakadilan, ketidaktelusan, tanah kena gadai, kena tipu & macam-macam lagi. Yang penting tiap-tiap kali p/raya mesti sokong keris dan pangkah dacing. Hatta jika diletakkan calon tunggul kayu sekalipun asalkan dari keris dan lambang dacing pasti mereka pangkah.

Ini sangat berbeza dengan orang Cina yang memilih parti politik bermusim mengikut isu dan kepentingan mereka. Sebab itu kepentingan mereka sangat diambil kira oleh k'jaan atau pembangkang kerana kuasa tawar menawar undi yang mereka ada. Buktinya PRU ke-10 mereka solid undi BN tetapi dalam PRU ke-12 solid undi kepada pembangkang pula.

Kesimpulannya, selagi mana orang Melayu tidak solid menokong PR jangan harap lah! Setakat sokongan solid bukan Melayu tidak menjanjikan apa-apa. Pahit untuk dikata, orang Melayu memang orang yang paling tidak cerdik akal mereka dalam menggunakan kuasa undi mereka berbeza dengan orang Cina dan India.
Back to top
View user's profile Send private message




Labels:

Sad SATU TEGURAN UNTUK SAUDARA ANWAR
(AKU SOKONG HANYA MELAYU)


Salamulllah,


Saya suka straight to the point...

(geram juga bila hantaq pi ke blog dan forum Sdra anwar, dia punya moderator asyik tolak saja. Aku tulis bukan kat moderator , aku tulis untuk anwar, pasai apa depa sibok sangat)

Dassat, dassat. Semuanya salah. Buat itu salah, buat ini salah. Heran juga kami, semua kesalahan tu timbui waktu la ni. Pasai apa waktu Anwar jadi TPM dulu benda2 pasai rasuah, tol, tax dan sebagainya yang menekan orang Melayu, kome tak nak hapuskan. Walhal kome pegang jawatan Menteri Kewangan.. Takkan takut nak lawan Mahathir dan bagi pendapat yang bernas dan jitu macam sekarang kot. Tup-tup la ni nak buat itu, nak buat ini... cuba pakat pikiaq, salah sapa? adakah nak salah satu puak saja atau Datuk Seri juga salah. Ni yang dok kata kok tu kok ni tu, menatang apa. La baru nak kata terbit mai. Pasai apa semua keluaq mai waktu la, pasai apa dulu lagi tak keluaq itu salah ini salah. Pasai apa do habaq pasai rasuah la ni, tak kan dulu Dato Seri tak pernah buat kot. Tak kan tak ingat waktu di Sungai Besi, waktu Barisan nak bertanding dengan Pas, sapa yang suruh wakil Pas tarik diri... Tak pa lah kalau lupa. Tapi nak tanyalah yang waktu Dato jadi Menteri Pendidikan dulu, kami dok perhati ada sorang Pakistan dari Kg Melayu Padang Besaq, Perlis dok keluaq masuk dalam pejabat Dato sampai naik lunyai macam rumahtangga dia. Bila kami chek, semua lesen ap dato yang bagi, lesen minyak, lesen beras tah lesen apa lagi sampai kami naik takut nak jumpa dato pasai kena jumpa dia dulu.

La ni sedaq tak kita kerana dato nak kuasa, dato dok penaya semua orang. Melayu sama Melayu bergaduh, India dah mula besaq kepala, Cina dah tentulah sebab depa dok pegang ekonomi Malaysia. Depa banyak duit. Tak taulah kot depa dok sponsor dato... saja kata no.

Ni satu lagi, waktu mula nak buka Keadilan, tup-tup depa mai jumpa kami, wakil abim, suruh kami buka cawangan Keadilan satu negeri(toksah sebut tang mana) dan berjanji nak bagi kat kami satu cawangan seribu, lagu mana pulak tu dulu. Kami tanya jugak depa, hangpa dapat duit mai mana banyak2, padahai waktu tu Dato Seri dok dalam penjara. Hebat juga no. Takkan kot tiba2 saja orang nak derma mcm tu banyak untuk buka parti keadilan.

Sebenaqnya, kami yang dok bercakap ni adalah orang yang cukup hormat kat Dato Seri malahan cukup rapat dengan dato seri.(Kalau setakat depa yang dok keliling dato la ni, biji mata depa tu hanya nak ambik kesempatan saja-Dato pun tahu kerana dato juga mengaji haqqulyakinwahaqqulhaq macam kami juga). Waktu tu, dato serilah jadi idola kami. pasai waktu tu dato seri Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan. Kami ingat lagi waktu di Pasir Panjang masa ikut kursus Wirajaya Pemuda UMNO, Dato bukan main cakap lagi dalam terang bulan tepi pantai. Dato dok atas batu. Bercerita pada kami tentang semangat Melayu. Cerita tentang kedudukan rakyat Melayu yang kian berkurangan peratusannya. Bercerita mcm mana Cina nak ambik alih Malaysia dan apa orang India nak buat. Sampai keluaq mai pepatah kalau jumpa ulaq dan ......, sakai.... dulu. Tapi sayang, segala semangat Dato dah tak serupa dulu... pasai apa.

Oleh kerana kami terlalu komited pada Dato, sampai waktu dengaq kata Dato nak kena tangkap, sebiji nasi pun tak boleh telah, mcm tu punya sayang kami kat dato. Turun mailah kami ke KL, check, siasat, bertanya, dengar cerita dan bentuk barisan mengkaji. Semuanya biro pendidikan yang terdiri dari cikgu2, tapi lepas tu kami teruih diam sampai ke hari ni. Kami tak terlibat dalam mana-parti politik. Tapi bila tengok keadaan umat malaysia yang macam-macam, naik risau juga kami. Semua pemimpin Melayu jadi ketegaq bana termasuk juga Dato seri. Nak kata sebelah pihak tak kena juga pasai masin-masin ada agenda masin-masin. Ni la ni, kelompok kami dah tak larat nak tengok lagi. India bukan main naik tocang lagi. Cina dok tepuk tangan. Cuba dato seri pakai selipar, pakai ketayap, t-shirt leheq bulat hak comot sikit, berjalan mai tengah kuala lumpur ni sambil tu bawa keta yang tak bayaq finance 3 bulan. cuba buat-buat bodo dengah pekan sampai kena horn. barangkali baru dato seri dapat rasa panasnya suasana sekarang. berjalan, toksah pakai eskot. tak kan takut mati kut. jangan dok asyik naik keta mewah saja dengan eskot. kalu mcm tu mcm mana nak tengok keadaan sebenaq. jadi ghandi, berjalan kaki tak pakai kasut. tak kan kotoq kut.

Kalu dah bejalan dan rasa, tok kena insaflah bahawa latah tok seri akan bagi kesan pada rakyat khususnya orang melayu. dulu tok seri sama dengan saya dok ajaq lagu "ANAK KECIL MAIN API" di Pasiaq Panjang dan di Sungai Besi. tup-tup la ni tok seri pula bagi api suruh budak kecik anak melayu main api. apa bana ni?

Kami ni bukan apa, dekat tok seri pun kami kata, dekat paklah dan khairy pun kami tiew, dekat najib pun kami kata juga terutama bila depa-depa mai tanya pendapat kami pasai nak bawa najib '''naik'''. Kami pernah kata kami tak mau campuq pasai kami tak bekenan orang jantan ambik bini orang. kami ada sumpah tujuh keturunan. janda dan anak dara bukan main banyak di Malaysia, pasai apa bini orang yang hang nak kacau. Pedang dengan kain putih jadi penghukum. Tapi itu cerita dulu, asai di mau berubah dan sedaq dan ikut cara-cara pak dia sudahlah. kami boleh terima pasai kita sifatnya BAHARU. Tapi masalah la ni tok seri banyak sangat buat provokasi sampai orang melayu bergaduh sama sendiri, cina dah berani main ayat quran, india dan mula tuntut itu ini.

Usefull Links



tok seri,

depa ni, orang melayu bukan berapa faham sangat pasai undang-undang. berapa kerat sangat orang melayu faham pasai undang-undang. berapa kerat orang melayu tau pasai sejarah. kami dok mengajaq sejarah, cikgu pakar pulak tu, kami taulah pengai anak-anak murid kami. yang mana masuk sekola menengah taun 75 ke atas, sejarah adalah mata pelajaran yang cukup baloq liat nak belajaq. jadi mcm mana budak-budak melayu nak tau sejarah dan undang-undang pasau nak belajaq undang-undang kena tau sejarah kan ka? kalu dato seri yang faham undang2 dok provok benda tak tentu kalu kat orang melayu terutama generasi yang umuq 20 sampai 38 taun, tak berapa eloklah untuk orang melayu kot. Nak berjuang apa sampai orang melayu dok bergaduh dan india dan cina naik kepala. mcm tu tok seri kata perjuangan? perjuangan apa tu? perjuangan sapa tu? Kita dulu pernah dok bersembang pasai pepatah " if we cannot win them, we join them" tok seri denga saya juga yang dok mengajaq menatang ni pada pemuda UMNO dulu. tak kan tok seri tak reti dah kot.kalau mcm tu barulah rakyat bulih kata tok seri berjuang untuk orang Melayu kerana dari kami kenai tok seri termasuk juga mahathir kenai tok seri, tok seri adalah seorang yang cukup tebal semangat perjuangan melayu sampai nak repair bumbung sekolah srjk(c) pun tok seri tak luluskan dulu.



>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri pernah bercerita pasai sikitol negeri melaka sekarang tok seri sendiri nak jadi sikitol pulak. pelik kot!
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri sendiri pernah berhujah pasai martabat nafsu pada orang melayu, nafsu amarah , lawamah dll dan nak duduo dalam martabat nafsu-nafsu tu kenalah hancurkan istana iblis di hati kita tapi tok seri sendiri tak dak darjah tu. yang kami dok nampak adalah sifat-sifat mazmumah yang makin tebai dalam hati tok seri. dok mengata sana , dok mengata sini. apa hai yop.
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri sendiri pernah menggerakkan kader2 pemuda dengan slogan " if we cannot win them, we join them" tapi tok seri sendiri buat bagi selisih faham orang melayu.
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri la ni bukan main baik dengan DAP dan PAS sedangkan dulu bukan main mengata kat depa. lidah letak tang mana?
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.dulu tok seri sendiri dok lulus lesen magnum, toto dan kuda, pasai apa di bagi juga lesen tu walhal lesen tu hanya lulus oleh Menteri Kewangan iaitu tok seri sendiri. kalau dari dulu tok seri bekukan, orang melayu kita tak berjudi. tok seri pakai selipar dan t-shirt, pi tengok sendiri kedai2 judi berlesen.. masyaallah. satu lagi lesen judi genting highland sampai cina tu mati pun kambuih dengan kereta mercedes... pasai apa.

La ni kami tak mau cerita banyak2, orang marah kat kami, tapi untuk pengetahuan tok seri kami sekeluarga bergaduh kerana tok seri tau, kerana falsafah dan sikap tok seri yang nampak jenuin dulu. kami dengan kak kami yang sama2 dalam kementerian pendidikan bertelagah sampai sekarang pasai kami orang kuat tok seri dan dia dok kerja dibawah pejabat tok seri kementerian pendidikan, kami di luar juga kementerian pendidikan. Nampak sangat pertelingkahan kami tak berbaloi dengan kerenah polotik tok seri.

La ni tak mau cerita banyak2, harap tok seri dapat pikiaq dan kenang balik waktu dulu, waktu kita sama-sama berjuang, dan aku nak tengok balik kawan, sahabat, pejuang dan idola aku berjuang kembali di landasan yang benar dan betul dengan tidak mengenepikan kepentingan bangsa. Andai itu saudaraku Anwar laksanakan dengan strategy yang betul dan tepat tanpa melukakan hati mana-mana pihak dan mana2 bangsa dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai asas perjuangan , sahabat-sahabat kita yang dulunya bersamamu dan mengharapkan saudara anwar bakal menggantikan mahathir sebagai Soekarno Malaysia dan pemimpin ummah akan kembali berdiri di belakangmu, namun andai saudara membelakangi perjuangan kita dahulu, kami hanya akan berdiam di dan melihat segala kemusnahan bangsa dan negara ini dari petualangan dalam dan juga luar negeri khususnya Yahudi. Andai perubahan itu berlaku kepadamu saudaraku Anwar, akan ku petik jariku mengarah barisan mendokong cita-cita bangsa agama dan negara kerna dirimu dan diriku amat tau siapa apa itu, Agama (ALIF), apa itu bangsa(BA) dan apa itu tanahair (TAA)

Buah salak buah kedondong,
buah beringin dalam perahu,
bukan salah ibu mengandung
hanya dirimu tak ambil tahu

Salamunkhaulanmirrobbirrohim


TOK KENALI3

ps: tak usah dok moderate sangat kerana barang baik akan tetap baik
Mad




Labels: ,

Tutup Pintu Kepada Pemimpin Luar Tidak Bijaksana

Bijak @ Bodoh Nasir Daud ni (blogger)


PERTIKAIAN yang tidak ada kesudahan mengenai idea unity government tampaknya turut terheret sama ke dalam pilihan raya kecil Manik Urai. Keadaan ini menunjukkan perkara itu tidak dikecualikan menjadi isu pada pilihan raya berkenaan. Isu ini bukan dibawa oleh UBN tetapi Pas sendiri telah awal-awal lagi menariknya masuk ke Manik Urai. Pas seperti telah memberi modal kering tidak berbanyak kepada UBN dalam hal ini.


Apabila Timbalan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Nasir Daud, menjelaskan poster Pas pada pilihan raya itu tanpa gambar Abdul Hadi menggambarkan bahawa Pas Kelantan telah mengheret isu kerajaan perpaduan ke dalam pilihan raya itu.


Alasan yang diberikan Nasir, kenapa gambar Abdul Hadi tidak diperlukan kerana ianya strategi parti yang bertujuan mahu ‘melokalisasi’kan pilihan raya berkenaan. Maknanya Pas tidak mahu pilihan raya itu dilihat sebagai pilihan raya nasional yang mana tidak perlu membabitkan pemimpin di luar Kelantan. Iya hendak dikerjakan secara anak beranak di Kelantan saja.


Apa yang dapat difahamkan dengan tindakan itu ialah untuk tidak memberi ruang kepada Umno menimbulkan isu nasional dalam pilihan raya berkenaan. Kalau isu nasional ditimbulkan ia akan memerangkap Pas dalam isu yang berkecamukkan sekarang ini itu sehingga menyebabkan sesetengah pemimpin Pas kemabukan gadong.


Bagaimana pun bagi saya tindakan Nasir Daud yang saya percaya atas persetujuan beberapa orang Pas Kelantan itu kurang bijak dan wajar difikirkan sama ada beliau terus memegang jawatan itu ataupun tidak. Apa yang dinamakan strategi itu kurang tepat dan bakal memberi modal kepada pihak lawan. Yang jelasnya tindakan itu akan ditafsirkan oleh orang luar sebagai Kelantan mempunyai sentimen kenegerian (assobiyah) yang tinggi. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam era sekarang ini dan bertentangan dengan semangat Pas diperingkat nasional yang sudah sedia menerima semua etnik tanpa mengira agama dalam parti itu. Bahkan apa yang dipraktikan Nasir itu sebagai kontras dengan naluri dan nafsu Pas masa kini.


Sudah pasti tanpa gambar Abdul Hadi itu ia memberi isu percuma kepada UBN. UBN akan mengeksplotasikan nanti sebagai Pas benar-benar bergomol sesama sendiri. Bahawa Nik Aziz dengan Abdul Hadi sudah tidak ngam sampai gambar pun tidak boleh duduk sekali. Gambaran ini satu keadaan yang cukup memilukan.


Mungkin bagi Abdul Hadi tidak mengapa kalau gambarnya tidak dicetak pada poster pilihan raya berkenaan. Baginya yang penting natijah kepada keputusan pilihan raya itu berpihak kepada Pas. Saya yakin Abdul Hadi tidak akan menangis kalau gambarnya tidak ada. Dan beliau rela merendah diri demi Pas. Malahan kalau beliau tidak merasakan perlu datang juga menyenangkanya kerana beliau tidak payah bertungkus lumus pada pilihan raya itu.


Tetapi apakah Pas Kelantan melupai bahawa beliau adalah presiden Pas yang perlu bertanggungjawab kepada partinya. Tidak sewajarnya dalam hal ini Pas Kelantan mengadakan keputusan, atau pun mengatur strategi terpisah dengan Pas pusat apa lagi melibatkan presiden parti. Selain daripada itu sejauh manakah pengundi di Manik Urai akan turut terhidar dengan isu di luar lokalitinya?


Selain gambar Abdul Hadi tidak akan dicetak dalam poster Pas, terdengar juga cakap-cakap beberapa pemimpin tertentu tidak dibenarkan berkempen pada pilhan raya berkenaan. Larangan ini dikhususkan bukan kepada pemimpin bukan beragama Islam, tetapi terhadap pemimpin yang menerima idea kerajaan perpaduan ummah! Sekali lagi saya merasakan arahan ini kurang bijak dan anih dan Pas telah memberi modal kering tanpa berbayar kepada UBN.


Sudah pasti tanpa kehadiran sebahagian pemimpin itu nanti ianya akan dieksploitasikan oleh UBN bagi mengesahkan Pas sudah berpecah dua. Isu ini mungkin dapat difahami oleh para fanatik Pas di Manik Urai dan mereka tidak kisah dengan hal itu. Tetapi bagaimana dengan pengundi atas pagar dan mereka yang dapat menilai keadaan semasa dan membaca kilau dalam kilat yang menyambar Pas kini?


Ini cukup bahaya dan memberi kesan tidak baik. Pengundi yang tahu berfikir dan menilai tidak akan bersedia memberi undi kepada parti yang bermasalah kerana akhirnya merugikan mereka sendiri.


Sekali lagi bagi saya tindakan dan strategi ini kurang bijak dan mundur ke belakang. Walaupun Pas Kelantan boleh menghadapi sendiri pilihan raya itu dengan kemampuan dari segi memiliki penceramah hebat, tukang kempen dan duit yang banyak, tetapi dari segi semangat dan kerjasama (ukhwah) ia tidak menampakkan Pas dalam keadaan seutuhnya.

Usefull Links

Cara dan tindakan itu lebih mempamirkan Pas sebagai berpecah. Apakah tektik dan ilham untuk berbuat demikian kerana ada pihak tertentu dalam Pas mahu Pas kalah dalam pilhan raya itu sebagai satu mesej dan ingin mengajar pihak tertentu?


Harus diingat mereka yang dilarang berkempen atau memasuki ke kawasan itu akan berkecil hati dan merasakan mereka tidak diperlukan. Pas Kelantan atau orang tertentu kena ingat mereka juga ada mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri. Kalau pun tidak banyak, namun seorang dua mereka tetap ada penyokong peribadi yang mengikut katanya.


Dalam pilihan raya semua pihak diperlukan, baik yang buta, tepak, tuli atau bisu. Tidak kira siapa yang ingin memberi sumbangan dialu-alukan. Dalam konteks ini Pas Kelantan jangan merasa begitu ego dan angkuh dengan apa yang ada. Mereka juga kena ingat, mungkin orang-orang tertentu tidak diperlukan pada masa ini, tetapi masa depan mungkin tenaga mereka diperlukan. Ingatlah perjalanan politik dan perjuangan ini masih jauh dan menghadapi seribu kemungkinan yang sukar ditebak.


Sebaik-baiknya kalau Pas tidak sukakan kepada Abdul Hadi atau sesiapa saja pemimpin dari negeri lain daripada mendatangi Manik Urai, jangan disebut-sebutkan perkara itu. Simpan dalam hati dan mintalah atau buatlah larangan itu secara senyap dan bukannya secara terbuka yang boleh menyebabkan mereka terkilan dan berasa hati.


Saya sangat berharap soal larangan dan poster ini diselesaikan dengan baik dan ia bukan keputusan Pas Kelantan secara mutlak melainkan pandangan peribadi Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan yang dibuat atas perasaan dan tujuan tertentu di mana hanya dia saja yang tahu. [wm.kl 9:50 am 19/06/09]





Labels: ,

PRK Manek Urai: "Bukan jerat makan tuan. Itu nak jerat tuan namanya!"


"Pulak dah!", getus hati ini bila Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Nasir Daud memberikan alasan lokaliti apabila membuat keputusan tidak mengguna pakai gambar Presiden Parti Islam, YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Nampaknya makin celaru tindakan kita ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah presiden parti dipinggirkan dalam kempen pilihan raya. Apa kita sudah lupa siapakah dianya presiden parti? Presiden ialah orang yang bertanggungjawab ke atas parti selari statusnya sebagai pemimpin no.1 parti.

Senyum lebarlah jentera Parti Kebangsaan itu nak menghadapi PRK Manek Urai. Kita bagi peluru kepada musuh supaya lagi mudah nak bunuh kita. Ini bukannya jerat makan tuan. Ini memang nak jerat tuan namanya.

Bila PAS Kelantan ambil keputusan hanya akan menggunakan gambar Tuan Guru Mursyidul Am sahaja, tiada langsung gambar Tuan Guru Presiden sememangnya akan diekspoitasi oleh UMNO/BN bahawa dua pemimpin utama itu bergomol sesama sendiri. Bahawa Tok Guru dan Tuan Guru sampai dalam poster pun tak boleh duduk bersama. Tak boleh digandingkan. Gambaran seperti ini sangat memalukan bagi sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar.

PAS Kelantan perlu lihat balik perkara ini. Situasi yang dibuat ini sangat tidak menyenangkan. Saya yakin anggota lParti Islam terkilan dengan tindakan yang melalut pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Saya sendiri makin hari makin rimas dengan perkembangan yang sangat tidak membina ini.



Labels:

(PANAS) Gambar Terkini Manohara Didera Reply with quote


Adakah benar foto ini Manohara sememangnya atau hanya sinetron sahaja. Berikut adalah gambar-gambar dari blackberry Manohara yang dikatakan diambil dari bulan Mac hingga April 2009.

Ish ish.. kesian kami tengok ni macam kucing cakar je.. hu hu, nie macam teknik mekup artis je.. nak tipu pon biar real baru orang caya hu hu..



Gambar penuh di :

http://beautifulnara.blogspot.com






Labels:

TGHH: Tidak timbul lagi isu UG

Oleh uneminent


""
Klik di sini untuk artikel penuh



Labels: ,



Mari Kenali Unity Government
Posted on Thursday, June 11 @ 10:27:26 PDT by alghaib

Artikel Oleh: allahummahdina

"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat dan juga yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah pun melontarkan idea unity goverment yang menggemparkan. Ramai terpingga2. Ada yang berkata Hadi perlu perjelaskan padahal kenapa sibuk marahkan kalau belum jelas.

Banyak orang menolaknya tanpa diberikan hujjah2 yang baik. Nyatakan di mana baik dan buruknya. Ambil keputusan bersama. Tapi ini tidak berlaku. Masing2 dengan tuduhan yang tidak berasas. Penuh dengan pransangka buruk. Oleh itu, di sini suka saya berkongsi dengan para pembaca budiman luahan saya.



Sebelum saya pergi lebih jauh suka saya nyatakan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran Antaranya ialah ;

1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak ahli parliment daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran ialah biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya.

2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila2 masa saja mengikut suara terbanyak ahli parliment.

3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parliment bukannya parti2 tertentu kerana bila masuk ke dalam parliment ia seolah2 bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.

4. Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri

5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang.

6. Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu2 isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu2 besar.

Pastinya kerajaan perpaduan ini mestilah mengikut acuan malaysia setelah melalui pelbagai perbincangan. Maka tak hairanlah kenapa DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikannya. Ini kerana ia perlu kepada pendetailan bersama-sama antara parti yang terlibat.

Kalaulah secara terperinci ianya datang daripada DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pasti namanya kerajaan DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau kerajaan PAS dan pastinya semua parti akan menolaknya. Bagi saya DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengambil langkah tepat dengan tidak memperincikannya tetapi hanya memberi konsep antaranya kerajaan tiada pembangkang dan bagi menghadapi kemelot politik dan ekonomi yang teruk.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang nampak teragak2 pada mulanya kerana saya rasa ianya seolah2 menjadi kejutan kepada sesetengah pemimpin lalu mengeluarkan kenyataan yang kurang berhemah (saya rasa pada lahirnya) tetapi setelah selang beberapa ketika, ketenangan dan keberanian datang kembali.

Biasalah mana2 idea yang besar pasti juga mendatangkan kritikan yang banyak (adalah malang pemimpin PAS tidak bersatu hati dalam perkara ini. Kalau orang yang kebanyakan saya tak sedih kerana mereka pasti kekurangan ilmu agama yang dapat mendidik mereka tapi tidak wajar kalau ianya adalah pemimpin gerakan Islam!! Mereka mesti alim asas2 agama kerana ilmu fardhu kifayah sudah menjadi ilmu fardhu ain buat mereka..kalau tolak mesti semuanya menolak..kalau terima semuanya mesti menerima walaupun di sana ada beberapa perkara yang tidak puas hati).

Mereka berkata BN penuh dengan kejahatan dan kekejian. Apakah hanya ini alasan sehingga kita tak boleh berurusan dengan mereka. Strategi kita mestilah kadang-kadang menyerang, kadang-kadang memujuk, kadang menawarkan sesuatu dan sebagainya mengikut kesesuaian. “janganlah kecenderungan kamu kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka” janganlah kita terburu-buru menolak atau menerima sesuatu perkara kerana terburu-buru itu daripada syaitan.


Antara hikmah DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikan walaupun sudah menerangkan konsep ialah ;

1. Strategi, ia tidaklah boleh didedahkan. Inilah pentingnya thiqah dan wala’. Percaya dan yakin kepada pemimpin kerana bukan semua perkara boleh didedahkan kepada umum. Tapi ini tak berlaku kerana mereka tak percaya dan tidak berserah kepada pemimpin bahkan di kalangan pemimpin besar sekalipun tidak menunjukkan teladan yang baik. Sehingga ia menjadi senjata musuh pula. (Bagi saya Datuk Tuan Guru Menteri Besar perlulah taat kepada Presiden dan Presiden mesti taat kepada Majlis Syura, kalau Datuk Tuan Guru Menteri Besar ingin menegakkan pendapatnya maka sayugialah Datuk Tuan Guru Menteri Besar memanggil ahli majlis Syura dan membuat keputusan dan bercakap atas kapasiti Majlis Syura bukannya atas kapasiti peribadi atau Mursyidul Am-maaf insan yang kerdil ini mahu mengajar Datuk Tuan Guru Menteri Besar). Mereka mengambil contoh peperangan siffin sedangkan pepecahan berlaku kerana mereka tidak wala’ dan thiqah kepada Ali ra. Mereka tidak patuh kepada pemimpin mereka. Hati2 mereka bersama kamu tapi pedang2 mereka bersama musuh.

2. Memberi peluang kepada semua parti politik agar hendaklah bersama2 merangka kerajaan. Bersama2 menentukan peluang dan keperluan yang perlu dicapai. Banyak sejarah perang Rasulullah saw membuktikan setelah tiada jalan melainkan perang barulah berlakunya peperangan. Pada peperangan Uhud Nabi saw tidak mengejar tentera musuh walaupun tentera Quraisy berundur. Hanya kejar olok2 agar musuh merasai kekuatan Islam.

3. Bagi rakyat bersuara juga memberi pandangan. Biasalah mereka yang bersuara ini punyai pelbagai latar belakang, ada yang beremosi, ada yang fasik, ada yang kafir harbi dan sebagainya. Cuma masalahnya terdapat pemimpin PAS yang tidak seiya dan sekata dalam melontarkan pandangan. Sepatutnya mereka menyokong dengan hujjah ilmu yang jelas. mana2 yang tidak puas hati rujuk kepada Presiden. Jangan menampakkan mereka tidak ada thiqah dan wala’. Kalau mereka begini apalah yang ingin diharapkan sangat daripada ahli.

Inyaallah akan bersambung di lain kali..Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu saya memohon keampunan Allah.

Amintahar.wordpress





Labels: ,

  • Motif TG Haji Hadi mahu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO

    Post new topic Reply to topic Tranungkite Online Forum Index -> Politik & Isu Semasa
    View previous topic :: View next topic
    Author Message
    mastura_casia
    Laskar Muda
    Laskar Muda


    Joined: Jun 16, 2009
    Posts: 12
    Location: Tiap-tiap hari duk ulang alik dari Nilai ke Seremban

    PostPosted: Wed Jun 17, 2009 3:57 pm Post subject: Motif TG Haji Hadi mahu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO Reply with quote

    Ku berpendapat,Pas sengaja menimbulkan isu UG kerana nak memperlihatkan pd PKR dan DAP,bahawa betapa pentingnya fungsi PAS dlm PR.sejak timbul isu ni,baru DAP dan PKR buka mata tentang pengaruh dan peranan Pas.

    itu pendapat ku la.
    Back to top
    View user's profile Send private message

    talikasutkayu
    Laskar Kelas II
    Laskar Kelas II


    Joined: Oct 11, 2006
    Posts: 51
    Location: bandar tasek selatan

    PostPosted: Wed Jun 17, 2009 4:02 pm Post subject: Reply with quote

    hai mastura
    salam warahmah... Laughing

    ramai keliru,sakit ati,marah,bingung,buat tak tau, pasal UG ni
    TGHH kata nak berbincang pasal kepentingan negara melibatkan ekonomi,sosial dll bukannya nak menyertai umno.

    umno parti melayu
    PAS parti melayu Islam
    so bagi aku perkara ni untuk kepentingan melayu dan islam.

    ntahlahh aku pun tak paham Laughing Laughing
    Back to top
    View user's profile Send private message

    ganahmurima
    Laskar Kelas II
    Laskar Kelas II


    Joined: May 08, 2008
    Posts: 66
    Location: Di bumi kepunyaan Yang Maha Esa

    PostPosted: Wed Jun 17, 2009 4:03 pm Post subject: Reply with quote

    kenapalah masih nak perbesarkan isu ini lagi?

    udah2 laa tu.......jgn laa jd spt pencacai2 yg mana duk sibuk perbesarkan isu ini dgn tujuan utk melihat PR berpecah belah...
    Back to top
    View user's profile Send private message

    PM_Hijau
    Laskar Muda
    Laskar Muda


    Joined: Oct 31, 2008
    Posts: 13

    PostPosted: Wed Jun 17, 2009 4:04 pm Post subject: Re: Motif TG Haji Hadi mahu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO Reply with quote

    mastura_casia wrote:
    Ku berpendapat,Pas sengaja menimbulkan isu UG kerana nak memperlihatkan pd PKR dan DAP,bahawa betapa pentingnya fungsi PAS dlm PR.sejak timbul isu ni,baru DAP dan PKR buka mata tentang pengaruh dan peranan Pas.

    itu pendapat ku la.


    Most PAS members faham apa yang tersirat dari cadangan Dato Presiden PAS.

    Tapi dekat forum ni banyak penyamaran dari ahli Komunis, Penyokong Liberalisasi Sex, Penyokong parti KAFIR LAKNATULAAH DAP dan parti Nuar aka Hamid Karzai Malaysia aka Partai Komunis Rakyat (PKR) yang tidak suka Partai Islam (PAS) memerintah Malaysia....Takbir
    Back to top
    View user's profile Send private message

    Deedat
    Laskar Kelas II
    Laskar Kelas II


    Joined: Jun 08, 2009
    Posts: 84

    PostPosted: Wed Jun 17, 2009 4:05 pm Post subject: Re: Motif TG Haji Hadi mahu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO Reply with quote

    mastura_casia wrote:
    Ku berpendapat,Pas sengaja menimbulkan isu UG kerana nak memperlihatkan pd PKR dan DAP,bahawa betapa pentingnya fungsi PAS dlm PR.sejak timbul isu ni,baru DAP dan PKR buka mata tentang pengaruh dan peranan Pas.

    itu pendapat ku la.


    saya sependapat dengan mastura
    Back to top
    View user's profile Send private message
    video-shows
  • · AdSense Trick
  • · Recepi-resepi
  • ·Anime-download-upload
  • · SexFreeTips
  • · Funny-Lawak
  • ·Testimonials-Comments
  • · Template-Top




Sponsor Live

CO.CC:Free Domain
Free Website Hosting

menu

Balliq-List

New Latest Youtube free Video Download No Sex Adult