Latest Release
Vote For Islam!
Vote For Poksu Weil!
Usefull Links
- video-shows
- testimonials-comments
- template-top
- sexfreetips
- masakan-resepi
- jinonline-tips
- funny-lawak
- balliqul-ilm
- analisispolitik
- adsense-download-tips
Sunday, July 12, 2009 | 0 Comments
Cubaan Umno kelirukan rakyat - Nasurudin
Ditulis oleh Te@m I.T | |
MANEK URAI, 22 Jun - "Kita usung calon BN keluar dari Manek Urai," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud malam tadi di Ceramah Umum Pilihanraya Kecil Manek Urai yang diadakan di Padang Majlis Daerah Laloh. | |
Baca lagi...Usefull Links |
Bekerjasama dengan Umno, PAS tidak terliur - Mursyidul Am |
Ditulis oleh Te@m I.T | |
| |
Baca lagi... |
Kerajaan Perpaduan, BN hilang 'tabung oksigen' di Manek Urai - Mahfuz |
Ditulis oleh Wartawan Kita | |
Dari parlimen KUALA LUMPUR, 22 Jun - Majlis pimpinan Pakatan Rakyat hari ini tegas menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN dalam satu kenyataannya di Pejabat Ketua Pembangkang bangunan Parlimen, hari ini. | |
Baca lagi...Usefull Links |
Manek Urai: Najib fikir semula kewajaran bertanding |
Ditulis oleh Te@m I.T | |
LALOH, 22 Jun - Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding pada pilihanraya kecil Dun Manek Urai nanti. | |
Baca lagi... |
Jentera PAS lancar strategi kempen '5M' |
Ditulis oleh Te@m I.T | |
MANEK URAI, 22 Jun - Jentera PAS Kelantan hari ini melancarkan strategi kempen 5M bagi memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil Dun Manek Urai kali ini. | |
Baca lagi... |
Lambakan Projek 'Mee Segera' Bagi Menjamu Penduduk DUN Manik Urai |
Ditulis oleh www.mafrel-kelantan.blogspot.com | |
Salam, Saya dari MAFREL Kelantan, terlibat sebagai Pemantau MAFREL Kelantan bagi pihak Dr Halim, Ketua Misi MAFREL Kelantan bagi PRK DUN Manik Urai. | |
Baca lagi... |
Taktik terdesak raih sokongan rakyat - Salahuddin |
Ditulis oleh Pilihanraya Kecil Manek Urai N41 | |
SHAH ALAM, 20 Jun – PAS menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut ‘undi BN (Barisan Nasional) juga boleh masuk syurga’ sebagai taktik terdesak meraih soko-ngan rakyat selepas sedar peluang BN menang di Manek Urai, 14 Julai ini tipis. | |
Baca lagi...Usefull Links |
Martek dan polis bakal menghangatkan Manek Urai |
Ditulis oleh Pilihanraya Kecil Manek Urai N41 | |
MANEK URAI, 20 Jun - Iklim yang suam-suam kuku di luar sana turut melanda kawasan pilihan raya kecil Dun Manek Urai apabila jentera pilihan raya masih lagi belum menjalankan kerja-kerja pilihan raya dengan jelas. | |
Baca lagi... |
PRK Manek Urai, IT PAS sedia laman web rasmi |
Ditulis oleh Wartawan Kita | |
KUALA LUMPUR, 20 Jun - Lajnah ICT PAS Pusat mengambil satu lagi pendekatan proaktif bagi memastikan semua rakyat Malaysia dan Dunia mendapat akses sebenar tentang situasi perjalanan Pilihanraya di Dun Manek Urai yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Usefull Links |
Tuesday, June 23, 2009 | 0 Comments
Berhati-Hati Dengan Malaysiakini !
Posted by Addin | 5/13/2009 | artikel | 1 comments »Namun, disebalik krisis di Perak ini ada satu isu yang bermain di kotak pemikiran saya. Saya selalui melayari berita-berita dari internet, dan salah satu laman yang paling kerap dilawati ialah Malaysiakini. Namun, beberapa bulan kebelakangan ini saya lihat artikel-artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini agak berbentuk spekulasi yang melampau dan berunsur provokasi. Contoh yang signifikan ialah artikel bertajuk " PAS Wilayah Tolak Hadi?" , artikel tersebut dibuat dengan hanya memetik beberapa kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Hedzer Ibrahim dengan tujuan untuk dimanipulasikan dengan niat subjudis terhadap proses pemilihan PAS Wilayah Pesekutuan.
Usefull Links
- video-shows
- testimonials-comments
- template-top
- sexfreetips
- masakan-resepi
- jinonline-tips
- funny-lawak
- balliqul-ilm
- analisispolitik
- adsense-download-tips
Di bimbangi wartawan-wartawan cyber seperti Jimadie ini diutuskan oleh puak-puak karat UMNO dalam akhbar online bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini bertanggungjawab dan beramanah bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat dan membuat tapisan ketat terhadap artikel yang diterbitkan. Rakyat beralih arah ke media cyber kerana telah meluat dengan berita-berita tahyul dan karut oleh media perdana. Jangan di gadaikan kredibiliti media cyber ini hanya kerana ingin mendapat rating tinggi pembaca sahaja, atau yang lebih malang lagi ialah bagi memenuhi nafsu politik sempit golongan tertentu UMNO. Saya optimis rakyat akan lebih sensitif lagi pada masa akan datang dengan berita-berita sebegini.
Usefull Links
- video-shows
- testimonials-comments
- template-top
- sexfreetips
- masakan-resepi
- jinonline-tips
- funny-lawak
- balliqul-ilm
- analisispolitik
- adsense-download-tips
1 comments
Tuesday, June 23, 2009 | 0 Comments
| ||||||
Back to top |
Tuesday, June 23, 2009 | 0 Comments
Tutup Pintu Kepada Pemimpin Luar Tidak Bijaksana
Bijak @ Bodoh Nasir Daud ni (blogger)
PERTIKAIAN yang tidak ada kesudahan mengenai idea unity government tampaknya turut terheret sama ke dalam pilihan raya kecil Manik Urai. Keadaan ini menunjukkan perkara itu tidak dikecualikan menjadi isu pada pilihan raya berkenaan. Isu ini bukan dibawa oleh UBN tetapi Pas sendiri telah awal-awal lagi menariknya masuk ke Manik Urai. Pas seperti telah memberi modal kering tidak berbanyak kepada UBN dalam hal ini.
Apabila Timbalan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Nasir Daud, menjelaskan poster Pas pada pilihan raya itu tanpa gambar Abdul Hadi menggambarkan bahawa Pas Kelantan telah mengheret isu kerajaan perpaduan ke dalam pilihan raya itu.
Alasan yang diberikan Nasir, kenapa gambar Abdul Hadi tidak diperlukan kerana ianya strategi parti yang bertujuan mahu ‘melokalisasi’kan pilihan raya berkenaan. Maknanya Pas tidak mahu pilihan raya itu dilihat sebagai pilihan raya nasional yang mana tidak perlu membabitkan pemimpin di luar Kelantan. Iya hendak dikerjakan secara anak beranak di Kelantan saja.
Apa yang dapat difahamkan dengan tindakan itu ialah untuk tidak memberi ruang kepada Umno menimbulkan isu nasional dalam pilihan raya berkenaan. Kalau isu nasional ditimbulkan ia akan memerangkap Pas dalam isu yang berkecamukkan sekarang ini itu sehingga menyebabkan sesetengah pemimpin Pas kemabukan gadong.
Bagaimana pun bagi saya tindakan Nasir Daud yang saya percaya atas persetujuan beberapa orang Pas Kelantan itu kurang bijak dan wajar difikirkan sama ada beliau terus memegang jawatan itu ataupun tidak. Apa yang dinamakan strategi itu kurang tepat dan bakal memberi modal kepada pihak lawan. Yang jelasnya tindakan itu akan ditafsirkan oleh orang luar sebagai Kelantan mempunyai sentimen kenegerian (assobiyah) yang tinggi. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam era sekarang ini dan bertentangan dengan semangat Pas diperingkat nasional yang sudah sedia menerima semua etnik tanpa mengira agama dalam parti itu. Bahkan apa yang dipraktikan Nasir itu sebagai kontras dengan naluri dan nafsu Pas masa kini.
Sudah pasti tanpa gambar Abdul Hadi itu ia memberi isu percuma kepada UBN. UBN akan mengeksplotasikan nanti sebagai Pas benar-benar bergomol sesama sendiri. Bahawa Nik Aziz dengan Abdul Hadi sudah tidak ngam sampai gambar pun tidak boleh duduk sekali. Gambaran ini satu keadaan yang cukup memilukan.
Mungkin bagi Abdul Hadi tidak mengapa kalau gambarnya tidak dicetak pada poster pilihan raya berkenaan. Baginya yang penting natijah kepada keputusan pilihan raya itu berpihak kepada Pas. Saya yakin Abdul Hadi tidak akan menangis kalau gambarnya tidak ada. Dan beliau rela merendah diri demi Pas. Malahan kalau beliau tidak merasakan perlu datang juga menyenangkanya kerana beliau tidak payah bertungkus lumus pada pilihan raya itu.
Tetapi apakah Pas Kelantan melupai bahawa beliau adalah presiden Pas yang perlu bertanggungjawab kepada partinya. Tidak sewajarnya dalam hal ini Pas Kelantan mengadakan keputusan, atau pun mengatur strategi terpisah dengan Pas pusat apa lagi melibatkan presiden parti. Selain daripada itu sejauh manakah pengundi di Manik Urai akan turut terhidar dengan isu di luar lokalitinya?
Selain gambar Abdul Hadi tidak akan dicetak dalam poster Pas, terdengar juga cakap-cakap beberapa pemimpin tertentu tidak dibenarkan berkempen pada pilhan raya berkenaan. Larangan ini dikhususkan bukan kepada pemimpin bukan beragama Islam, tetapi terhadap pemimpin yang menerima idea kerajaan perpaduan ummah! Sekali lagi saya merasakan arahan ini kurang bijak dan anih dan Pas telah memberi modal kering tanpa berbayar kepada UBN.
Sudah pasti tanpa kehadiran sebahagian pemimpin itu nanti ianya akan dieksploitasikan oleh UBN bagi mengesahkan Pas sudah berpecah dua. Isu ini mungkin dapat difahami oleh para fanatik Pas di Manik Urai dan mereka tidak kisah dengan hal itu. Tetapi bagaimana dengan pengundi atas pagar dan mereka yang dapat menilai keadaan semasa dan membaca kilau dalam kilat yang menyambar Pas kini?
Ini cukup bahaya dan memberi kesan tidak baik. Pengundi yang tahu berfikir dan menilai tidak akan bersedia memberi undi kepada parti yang bermasalah kerana akhirnya merugikan mereka sendiri.
Sekali lagi bagi saya tindakan dan strategi ini kurang bijak dan mundur ke belakang. Walaupun Pas Kelantan boleh menghadapi sendiri pilihan raya itu dengan kemampuan dari segi memiliki penceramah hebat, tukang kempen dan duit yang banyak, tetapi dari segi semangat dan kerjasama (ukhwah) ia tidak menampakkan Pas dalam keadaan seutuhnya.
Usefull Links
- video-shows
- testimonials-comments
- template-top
- sexfreetips
- masakan-resepi
- jinonline-tips
- funny-lawak
- balliqul-ilm
- analisispolitik
- adsense-download-tips
Cara dan tindakan itu lebih mempamirkan Pas sebagai berpecah. Apakah tektik dan ilham untuk berbuat demikian kerana ada pihak tertentu dalam Pas mahu Pas kalah dalam pilhan raya itu sebagai satu mesej dan ingin mengajar pihak tertentu?
Harus diingat mereka yang dilarang berkempen atau memasuki ke kawasan itu akan berkecil hati dan merasakan mereka tidak diperlukan. Pas Kelantan atau orang tertentu kena ingat mereka juga ada mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri. Kalau pun tidak banyak, namun seorang dua mereka tetap ada penyokong peribadi yang mengikut katanya.
Dalam pilihan raya semua pihak diperlukan, baik yang buta, tepak, tuli atau bisu. Tidak kira siapa yang ingin memberi sumbangan dialu-alukan. Dalam konteks ini Pas Kelantan jangan merasa begitu ego dan angkuh dengan apa yang ada. Mereka juga kena ingat, mungkin orang-orang tertentu tidak diperlukan pada masa ini, tetapi masa depan mungkin tenaga mereka diperlukan. Ingatlah perjalanan politik dan perjuangan ini masih jauh dan menghadapi seribu kemungkinan yang sukar ditebak.
Sebaik-baiknya kalau Pas tidak sukakan kepada Abdul Hadi atau sesiapa saja pemimpin dari negeri lain daripada mendatangi Manik Urai, jangan disebut-sebutkan perkara itu. Simpan dalam hati dan mintalah atau buatlah larangan itu secara senyap dan bukannya secara terbuka yang boleh menyebabkan mereka terkilan dan berasa hati.
Saya sangat berharap soal larangan dan poster ini diselesaikan dengan baik dan ia bukan keputusan Pas Kelantan secara mutlak melainkan pandangan peribadi Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan yang dibuat atas perasaan dan tujuan tertentu di mana hanya dia saja yang tahu. [wm.kl 9:50 am 19/06/09]
Tuesday, June 23, 2009 | 0 Comments
PRK Manek Urai: "Bukan jerat makan tuan. Itu nak jerat tuan namanya!"
"Pulak dah!", getus hati ini bila Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Nasir Daud memberikan alasan lokaliti apabila membuat keputusan tidak mengguna pakai gambar Presiden Parti Islam, YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Nampaknya makin celaru tindakan kita ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah presiden parti dipinggirkan dalam kempen pilihan raya. Apa kita sudah lupa siapakah dianya presiden parti? Presiden ialah orang yang bertanggungjawab ke atas parti selari statusnya sebagai pemimpin no.1 parti.
Senyum lebarlah jentera Parti Kebangsaan itu nak menghadapi PRK Manek Urai. Kita bagi peluru kepada musuh supaya lagi mudah nak bunuh kita. Ini bukannya jerat makan tuan. Ini memang nak jerat tuan namanya.
Bila PAS Kelantan ambil keputusan hanya akan menggunakan gambar Tuan Guru Mursyidul Am sahaja, tiada langsung gambar Tuan Guru Presiden sememangnya akan diekspoitasi oleh UMNO/BN bahawa dua pemimpin utama itu bergomol sesama sendiri. Bahawa Tok Guru dan Tuan Guru sampai dalam poster pun tak boleh duduk bersama. Tak boleh digandingkan. Gambaran seperti ini sangat memalukan bagi sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar.
- video-shows
- testimonials-comments
- template-top
- sexfreetips
- masakan-resepi
- jinonline-tips
- funny-lawak
- balliqul-ilm
- analisispolitik
- adsense-download-tips
PAS Kelantan perlu lihat balik perkara ini. Situasi yang dibuat ini sangat tidak menyenangkan. Saya yakin anggota lParti Islam terkilan dengan tindakan yang melalut pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Saya sendiri makin hari makin rimas dengan perkembangan yang sangat tidak membina ini.
Tuesday, June 23, 2009 | 0 Comments
TGHH: Tidak timbul lagi isu UG
Oleh uneminent
- video-shows
- · AdSense Trick
- · Recepi-resepi
- ·Anime-download-upload
- · SexFreeTips
- · Funny-Lawak
- ·Testimonials-Comments
- · Template-Top
""
Wednesday, June 17, 2009 | 0 Comments
Mari Kenali Unity Government Posted on Thursday, June 11 @ 10:27:26 PDT by alghaib |
Oleh: allahummahdina
"
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat dan juga yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.
DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah pun melontarkan idea unity goverment yang menggemparkan. Ramai terpingga2. Ada yang berkata Hadi perlu perjelaskan padahal kenapa sibuk marahkan kalau belum jelas.
Banyak orang menolaknya tanpa diberikan hujjah2 yang baik. Nyatakan di mana baik dan buruknya. Ambil keputusan bersama. Tapi ini tidak berlaku. Masing2 dengan tuduhan yang tidak berasas. Penuh dengan pransangka buruk. Oleh itu, di sini suka saya berkongsi dengan para pembaca budiman luahan saya.
- video-shows
- · AdSense Trick
- · Recepi-resepi
- ·Anime-download-upload
- · SexFreeTips
- · Funny-Lawak
- ·Testimonials-Comments
- · Template-Top
Sebelum saya pergi lebih jauh suka saya nyatakan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran Antaranya ialah ;
1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak ahli parliment daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran ialah biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya.
2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila2 masa saja mengikut suara terbanyak ahli parliment.
3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parliment bukannya parti2 tertentu kerana bila masuk ke dalam parliment ia seolah2 bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.
4. Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri
5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang.
6. Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu2 isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu2 besar.
Pastinya kerajaan perpaduan ini mestilah mengikut acuan malaysia setelah melalui pelbagai perbincangan. Maka tak hairanlah kenapa DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikannya. Ini kerana ia perlu kepada pendetailan bersama-sama antara parti yang terlibat.
Kalaulah secara terperinci ianya datang daripada DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pasti namanya kerajaan DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau kerajaan PAS dan pastinya semua parti akan menolaknya. Bagi saya DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengambil langkah tepat dengan tidak memperincikannya tetapi hanya memberi konsep antaranya kerajaan tiada pembangkang dan bagi menghadapi kemelot politik dan ekonomi yang teruk.
DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang nampak teragak2 pada mulanya kerana saya rasa ianya seolah2 menjadi kejutan kepada sesetengah pemimpin lalu mengeluarkan kenyataan yang kurang berhemah (saya rasa pada lahirnya) tetapi setelah selang beberapa ketika, ketenangan dan keberanian datang kembali.
Biasalah mana2 idea yang besar pasti juga mendatangkan kritikan yang banyak (adalah malang pemimpin PAS tidak bersatu hati dalam perkara ini. Kalau orang yang kebanyakan saya tak sedih kerana mereka pasti kekurangan ilmu agama yang dapat mendidik mereka tapi tidak wajar kalau ianya adalah pemimpin gerakan Islam!! Mereka mesti alim asas2 agama kerana ilmu fardhu kifayah sudah menjadi ilmu fardhu ain buat mereka..kalau tolak mesti semuanya menolak..kalau terima semuanya mesti menerima walaupun di sana ada beberapa perkara yang tidak puas hati).
Mereka berkata BN penuh dengan kejahatan dan kekejian. Apakah hanya ini alasan sehingga kita tak boleh berurusan dengan mereka. Strategi kita mestilah kadang-kadang menyerang, kadang-kadang memujuk, kadang menawarkan sesuatu dan sebagainya mengikut kesesuaian. “janganlah kecenderungan kamu kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka” janganlah kita terburu-buru menolak atau menerima sesuatu perkara kerana terburu-buru itu daripada syaitan.
- video-shows
- · AdSense Trick
- · Recepi-resepi
- ·Anime-download-upload
- · SexFreeTips
- · Funny-Lawak
- ·Testimonials-Comments
- · Template-Top
Antara hikmah DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikan walaupun sudah menerangkan konsep ialah ;
1. Strategi, ia tidaklah boleh didedahkan. Inilah pentingnya thiqah dan wala’. Percaya dan yakin kepada pemimpin kerana bukan semua perkara boleh didedahkan kepada umum. Tapi ini tak berlaku kerana mereka tak percaya dan tidak berserah kepada pemimpin bahkan di kalangan pemimpin besar sekalipun tidak menunjukkan teladan yang baik. Sehingga ia menjadi senjata musuh pula. (Bagi saya Datuk Tuan Guru Menteri Besar perlulah taat kepada Presiden dan Presiden mesti taat kepada Majlis Syura, kalau Datuk Tuan Guru Menteri Besar ingin menegakkan pendapatnya maka sayugialah Datuk Tuan Guru Menteri Besar memanggil ahli majlis Syura dan membuat keputusan dan bercakap atas kapasiti Majlis Syura bukannya atas kapasiti peribadi atau Mursyidul Am-maaf insan yang kerdil ini mahu mengajar Datuk Tuan Guru Menteri Besar). Mereka mengambil contoh peperangan siffin sedangkan pepecahan berlaku kerana mereka tidak wala’ dan thiqah kepada Ali ra. Mereka tidak patuh kepada pemimpin mereka. Hati2 mereka bersama kamu tapi pedang2 mereka bersama musuh.
2. Memberi peluang kepada semua parti politik agar hendaklah bersama2 merangka kerajaan. Bersama2 menentukan peluang dan keperluan yang perlu dicapai. Banyak sejarah perang Rasulullah saw membuktikan setelah tiada jalan melainkan perang barulah berlakunya peperangan. Pada peperangan Uhud Nabi saw tidak mengejar tentera musuh walaupun tentera Quraisy berundur. Hanya kejar olok2 agar musuh merasai kekuatan Islam.
3. Bagi rakyat bersuara juga memberi pandangan. Biasalah mereka yang bersuara ini punyai pelbagai latar belakang, ada yang beremosi, ada yang fasik, ada yang kafir harbi dan sebagainya. Cuma masalahnya terdapat pemimpin PAS yang tidak seiya dan sekata dalam melontarkan pandangan. Sepatutnya mereka menyokong dengan hujjah ilmu yang jelas. mana2 yang tidak puas hati rujuk kepada Presiden. Jangan menampakkan mereka tidak ada thiqah dan wala’. Kalau mereka begini apalah yang ingin diharapkan sangat daripada ahli.
Inyaallah akan bersambung di lain kali..Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu saya memohon keampunan Allah.
Amintahar.wordpress
- video-shows
- · AdSense Trick
- · Recepi-resepi
- ·Anime-download-upload
- · SexFreeTips
- · Funny-Lawak
- ·Testimonials-Comments
- · Template-Top
Wednesday, June 17, 2009 | 0 Comments
- Motif TG Haji Hadi mahu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO
Tranungkite Online Forum Index -> Politik & Isu Semasa
video-showsView previous topic :: View next topic Author Message mastura_casia
Laskar Muda
Joined: Jun 16, 2009
Posts: 12
Location: Tiap-tiap hari duk ulang alik dari Nilai ke SerembanBack to top talikasutkayu
Laskar Kelas II
Joined: Oct 11, 2006
Posts: 51
Location: bandar tasek selatanBack to top ganahmurima
Laskar Kelas II
Joined: May 08, 2008
Posts: 66
Location: Di bumi kepunyaan Yang Maha EsaBack to top PM_Hijau
Laskar Muda
Joined: Oct 31, 2008
Posts: 13Back to top Deedat
Laskar Kelas II
Joined: Jun 08, 2009
Posts: 84Posted: Wed Jun 17, 2009 4:05 pm Post subject: Re: Motif TG Haji Hadi mahu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO mastura_casia wrote: Ku berpendapat,Pas sengaja menimbulkan isu UG kerana nak memperlihatkan pd PKR dan DAP,bahawa betapa pentingnya fungsi PAS dlm PR.sejak timbul isu ni,baru DAP dan PKR buka mata tentang pengaruh dan peranan Pas.
itu pendapat ku la.
saya sependapat dengan masturaBack to top - · AdSense Trick
- · Recepi-resepi
- ·Anime-download-upload
- · SexFreeTips
- · Funny-Lawak
- ·Testimonials-Comments
- · Template-Top
Wednesday, June 17, 2009 | 0 Comments
kabonye, malaysiakini org depo dah beli. Tak heranlah berita2 cam2.