Share |
feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Latest Release

Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 Harakahdaily, 28 Apr 2012


Sila refresh untuk mendapatkan laporan terkini.

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain.

2 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.48 pm: Lokasi Masjid Negara - perarakan bermula dan peserta seramai 10 ribu orang.


1.45 pm: Karpal Singh dibenar melepasi sekatan pihak polis selepas perbincangan antara mereka.

Dua jenis senapang dilihat digunakan pihak polis. Senapang biasa untuk gas pemedih mata dan juga senapang peluru getah. Bagaimanapun polis masih belum melepaskan sebarang tembakan, hanya bersedia.

Seorang lelaki cuba menghadiahkan jambangan bunga kepada anggota polis yang sedang berbaris, tetapi tidak dilayan.

1.43 pm: Kumpulan peserta di Central Market mula bergerak ke Dataran sambil melaungkan "Bersih, bersih , bersih". Kumpulan ini bertambah ramai dengan kehadiran peserta dari Brickfields. Dianggarkan jumlah peserta kumpulan ini kira-kira 10 ribu orang.


1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden PAS TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.34 pm: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku.

1.30 pm: Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berpendapat perhimpunan hari ini berlangsung dengan aman. Beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berkumpul dan berhimpun.

Suhakam meletakkan 15 orang wakilnya bagi memantau himpunan ini.
Unit Amal bersiap sedia untuk berarak dari Masjid Negara.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.


1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara -  pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.52 pm: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda  peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka.

Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup.

12.50 pm: Dataran - Pasukan polis sudah bersedia untuk lepaskan gas pemedih mata.

12.45 pm: Lebih 500 anggota polis dihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing.
Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing. Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka

Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini

12.40 pm: Wakil Juham, Abang Mohd Kerdee Abang Masagos berkata, pihak polis enggan berunding. Ketibaan peguam Juham disambut dengan sorakan peserta yang menunggu di Dataran.

12.37 pm: Trak water canon fru kini mula memasuki kawasan dataran merdeka. Dianggarkan lebih 20 buah.

Naib Presiden PAS mula bergerak dari Pejabat Agung Pas menuju ke Dataran Merdeka. Jumlah peserta di dataran merdeka kini dianggarkan mencecah 10,000 orang. Turut kedengaran laungan 'Duduk bantah, berdiri Umno'

12.35 pm: Kereta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat melalui Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun masih belum diketahui beliau akan turun di mana.

12.31 pm: Peserta dari Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sambil diiringin laungan kata-kata semangat.

Polis mula bergerak menghampiri Dataran Merdeka, dipercayai bagi menyekat kemaraan peserta.

12.30 pm: Pasukan Unit Amal mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama di Masjid Negara.

12.10 pm: Dataran - Peserta beramai-ramai melaungkan lagu negaraku.

12.08 pm: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tiba di perkarangan Masjid Negara.

12.06 pm: 16 belas trak FRU termasuk 1 trak water canon dilihat mula bergerak masuk dari jalan parlimen menuju ke Masjid Negara.

12.05 pm: Kumpulan dari KLCC tiba di hadapan kompleks Pertama. Kelihatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Hatta ramli dan Dr Syed Azman berada dalam kumpulan tersebut.

12.04 pm: Seorang peniaga di kompleks Pertama melahirkan rasa kesal dengan melaungkan kata-kata kekesalan terhadap peserta yang berkumpul. Pihak polis sebelum ini cuba mententeramkan beliau. Ramai peserta menganggap ia sebagai satu provokasi.

12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.
Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku.

12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku.

11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih"

11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku.

11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta.
Mereka kini mula memenuhi simpang Jalan Tunku Abdul Rahman pula.
11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara.


11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta.

Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah







11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara.


11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi.

11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka.

11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang.

11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana.
Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara

11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai.
Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar.
"Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya

11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu.
Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal.

11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah.

11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka.

11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'.

11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.


11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas.

11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC.

11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang.

Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta.


11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini.

10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini."

10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk"

10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama.

10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini.
Peserta berehat menunggu detik 2 petang.
10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya.


10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang.

10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa

10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama.

10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka.

9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara.
9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis.

Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa.

9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC.

9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal.

9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat.

Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup.

9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak.


Laporan lanjut menyusul.





0 comments:

Post a Comment

Sponsor Live

CO.CC:Free Domain
Free Website Hosting

menu

Balliq-List

New Latest Youtube free Video Download No Sex Adult